SK Jerek






Nama dan Alamat      : SEKOLAH KEBANGSAAN JEREK, 18300 GUA MUSANG,
                                        KELANTAN.

Nama Guru Besar      : EN. AB. RAHMAN BIN ISMAIL

No. Telefon                 : 09 -

Gred Sekolah             : Gred A

Sesi Persekolahan    : 1 Sesi ( pagi sahaja )

Jarak dari PPD          : 45 KILOMETER

Lokasi                         : PEDALAMAN, 7 KILOMETER DARI JALAN  PERSEKUTUAN
                                      ( GUA MUSANG – JELAWANG - JELI )  





SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN JEREK.


PENGENALAN


                    Kampung Jerek adalah sebuah kampung yang terletak di kawasan pedalaman dan diketogerikan sebagai satu kawasan paling mundur di Kelantan. Segala frasarananya masih lagi daif. Ia terletak kira-kira 175 kilometer dari bandar Kota Bharu. Kampung ini terletak berhapiran jalan keretapi di sebuah kawasan hutan yang masih kaya dengan sumber balak. Ia terbahagi kepada tiga kampung kecil iaitu, Jerek Dalam, Jerek Luar dan Jerek Tengah.


                    Satu-satunya pengangkutan yang ada ialah keretapi. Hingga kini keretapi masih  menjadi pengangkutan utama kepada penduduk untuk ke bandar atau untuk memasarkan hasil-hasil pertanian seperti getah, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pada era 70 an, kebanyakan penduduk tidak bersekolah kerana tiada kemudahan pengangkutan. Keretapi pula tidak berhenti di Jerek kerana pada masa itu, masih tiada stesen. Jadi, terpaksalah anak-anak penduduk yang hendak bersekolah berjalan kaki ke sekolah berhampiran. Sekolah yang ditujui ialah Sekolah Kebangsaan Bertam iaitu sejauh lapan kilometer dari Kampung Jerek.

              Para penduduk kampung merasa keadaan ini perlu diubah, salah seorang penduduk itu iaitu Abdul Rahman bin Musa telah memanggil beberapa orang kampung lalu membentuk sebuah jawatankuasa penaja bagi sekolah tersebut. Dengan kerjasama Penghulu Bertam dan beberapa pegawai polis bertam tentang hasrat menubuhkan sebuah bangunan sekolah. Perbincangan yang kerap akhirnya para penduduk bersetuju menubuhkan sebuah sekolah.


 
              Akhirnya sebuah bangunan kayu didirikan di atas tanah kepunyaan Encik Hussein bin Yaacob. Kayu-kayu telah ditebang dan dibelah secara gotong-royong oleh penduduk tempatan. Jadilah sebuah sekolah rakyat pada tahun 1971.



PENGORBANAN



              Encik Abdul Rahman bin Musa yang memberikan saranan terhadap penubuhan sekolah ini telah diberi mandat pula oleh orang kampung sebagai guru. Murid-murid belajar dalam kelas tanpa batasan umur. Mereka membayar RM1 kepada cikgu Abdul Rahman Musa sebagai upah ataupun yuran pangajian. Mata pelajaran yang diajarkan ialah Bahasa Melayu. Tulisan Jawi, Tawarikh, sains dan Matematik.

              Jumlah murid yang terlibat ialah seramai 30 orang sahaja. Berbekalkan semangat memajukan diri sekolah rakyat ini berjalan dengan bersungguh-sungguh. Cikgu Abdul Rahman Musa telah terlalu sibuk dengan tugas-tugas guru lalu melantik Encik Ariffin Hussein sebagai pembantu bagi meringankan lagi beban yang ditanggung olehnya. Empat tahun lamanya pengorbanan ini dilakukan. Sehinggalah ia telah mengambil keputusan berundur untuk member laluan kepada penubuhan sekolah tajaan yang baru pula.



INISIATIF BARU



              Pengunduran buat sementara cikgu Abdul Rahman tidak melemahkan semangat penduduk kampung untuk membina kehidupan yang baru. Para penduduk kampung telah merobohkan bangunan lama dan mendirikan bangunan yang baru di Kampung Jerek Dalam. Para penaja yang baru ialah:
                        Encik Ismail bin Isa
                        Allahyarham Hamzah bin Samah
                        Abdul Rahman bin Mohamad

              Pembinaan sekolah di bangunan yang baru turut disokong oleh sebahagian besar rakyat setempat. Ini termasuk Allahyarham Wan Haron bin Wan Ismail dan Hj. Hasan, Hj Che Daud serta beberapa orang yang lainnya. Jumlah murid yang belajar di sekolah ini ialah 25 orang. Jumlah guru juga bertambah. Atas inisiatif para guru dan pendudukj kampung, masalah sekolah telah dibawa ke pengetahuan wakil bagi Guru Kanan HEM serta Cikgu Zawawi bin Awang sebagai Guru Kanan Kokurikulum. Jumlah guru bertambah kepada 20 orang.


              Allahyarham Hamzah bin Samah selaku pengerusi PIBG telah menghabiskan sebahagian besar pengorbanan sebagai PELOPOR SEKOLAH MODEN, cadangan dan rayuannya telah dipertimbangkan oleh KESEDAR. Pada tahun 1993 bangunan baru yang berharga RM 3 juta telah diluluskan dan akhir tahun 1993 bangunan sekolah ini telah didirikan.


              Pada tahun 1995, sekolah baru yang indah telah dapat diduduki oleh para pelajar. Segala kelengkapannya amat mencukupi dan ianya dapat menampung lebih 500 orang murid. Pada tahun 1995 sekolah ini telah dinaikkan menjadi sekolah pendalaman Gred A. Guru Besarnya ialah Cikgu Abdul Rashid Said, Penolong Kanan 1 ialah Cikgu Abdul Hadi bin Ibrahim. Cikgu Nik Rohaimi bin Nik Idris, Penolong Kanan HEM, dan Cikgu Syarifuddin bin Abdullah sebagai Penolong Kanan Kokurikulum yang pertama dalam sejarah Gred A. Pengerusi PIBG yang menggantikan Allahyarham ialah Cikgu Abdul Rahman bin Musa yang juga dianggap PELOPOR SEKOLAH RAKYAT. Pada tahun 1996, PIBG yang baru telah diketuai oleh Encik Khalid bin Yunus pula. Biarpun tidak banyak peranan yang dimainkan tetapi segala kerjasama erat telah beliau lakukan bagi menjayakan peranan sekolah.


              Pada tahun 1997, perkhidmatan Cikgu Haji Abdul Rashid bin Said telah selesai dengan meninggalkan seribu kejayaan manis. Pada tahun ini iaitu 1997 Cikgu Haji Che Abdul Aziz bin Che Amat telah diberi mandat untuk meneraju perkembangan di sini. Berkat kerja kuat yang dilakukan oelh Haji Che Abdul Aziz, melalui Program Keceriaan dan juga memperkenalkan kepada kyalayak pendidik idea-idea baru, sekolah ini telah harum namanya di Negari Kelantan. Bakatnya yang ada terutamanya dalam seni dan hiasan telah mendorong kepada wujudnya Bilik Gerakan Wawasan, Program Anakku Sayang dan Projek Kantin Juara. Banyak kejayaan yang membangkitkan kebolehan para pelajar telah mendapat perhatian daripada pihak JPN.


              Cikgu Haji Che Abdul Aziz bin Che Amat telah meniggalkan sentuhan berharga sepanjang dua tahun berkhidmat di sini. Guru-guru Penolong Kanan seperti Tuan Haji Nawi bin Ahmad, Encik Ghazali bin Salleh dan Cikgu Nik Rohaimi bin Nik Idris telah Berjaya dengan segala program pembangunan infrastruktur dan perkembangan pendidikan di sekolah ini.


              Pada tahun 1999, sekolah ini telah mendapat seorang anak tempatan dari Bertam untuk mengetuai sekolah bagi menggantikan Haji Che Abdul Aziz bin Che Amat. Beliau ialah Cikgu Abdul Aziz bin Tahir. Beliau telah menyambung usaha Haji Che Abdul Che Abdul Aziz bin Che Amat dengan sentuhan sutera yang juga dapat memacu dengan lebih cepat lagi dalam perkembangan sekolah. Beliau telah dibantu oleh Cikgu haji Yaacob bin Ismail, Cikgu Abdullah bin Ismail dan Cikgu Haji Hasbullah bin Yunus sebagai pengurus sekolah.


              Ikhtiar yang bersungguh-sungguh pada tahun 1999, telah banyak memberikan kejayaan yang tidak diduga. Sekolah ini telah mendapat pencalonan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 1999. Sorotan lalu mengingatkan kejayaan sebagai Kantin 4 Bintang, Pencalonan Anugerah Guru Inovtif, Pertandingan Pusat Sumber katogeri Luar Bandar, Pertandingan 3K dan beberapa kecemerlangan seperti Juara Bercerita Peringkay Daerah. Pada tahun 1996 lagi sekolah ini menjadi Juara Kebangsaan Kuiz Kenegaraan di Melaka, 1995 Juara Kuiz Kenegaraan Negeri Kelantan dan Tempat Ketiga Kuiz Kenegaraan Peringkat Kebangsaan di Ipoh, Perak tahun 1995.


PENCAPAIAN

1.            Juara Kuiz Kenegaraan Peringkat Kebangsaan, 1996 di Melaka.
2.            Juara Kuiz Kenegaraan Kelantan 1996, MARA Kota Bharu.
3.            Juara Kuiz Kenegaraan Kelantan 1995, SM Tendong Pasir Mas.
4.            Tempat Ketiga Kuiz Kenegaraan 1995, Ipoh Perak.
5.            Juara Pusat Sumber Kuala Krai Gua Musang 1998.
6.            Saguhati Pusat Sumber Peringkat Negeri Kelantan.








LOGO  SEKOLAH



Cogan Kata
”LATIHAN TERAS DIDIKAN "

Bunga Raya    Melambangkan  keberanian
Buku   Sekolah tempat menimba seberapa banyak ilmu dan
maklumat

Warna
Kuning     - Melambangkan kedaulatan yang memerintah Negeri Kelantan
Hijau        - Melambangkan Islam Agama Rasmi Negeri
Biru          - Melambangkan perpaduan dan keharmonian warga  sekolah dengan masyarakat.








PELAN LOKASI KE
SEKOLAH KEBANGSAAN JEREK





PELAN
SEKOLAH






LAGU SEKOLAH SK. JEREK



HARUM NAMAMU SK JEREK
BIMBINGILAH..........ANAK BANGSA
BERKATGIGIH USAHA DAN DOA
TEMPOHI.........PANCAROBA.

BUJUR LALU LINTANG PATAH
WALAU DENGAN JERIH PAYAH
KAMI KAN TETAP TERUS BERJUANG
SAHUT SERU WAWASAN

C/O
KAMI .....MURID SK JEREK
BERSATU ......PANTANG UNDUR
DENGAN COGAN
.......LATIHAN TERAS DIDIKAN
KAMI BERGERAK MAJU

KEPADA ...TUHAN YANG ESA
RESTUI USAHA KAMI
MOGA BEJAYA LAH ANAK BANGSA
KEBANGGAN MALAYSIA
OOH........TANAH AIRKU